Isnin, 26 September 2011

Apa itu Drop Shipping?? Sejenis kuihkah??


Selamat malam..

Apa khabar anda semua? Kami mengharapkan keadaan anda sihat-sihat belaka hendaknya. Mungkin masih ramai lagi belum mengetahui apa itu bidang Drop Shipping. Di bawah ini kami memberikan sedikit maklumat dan gambaran apa itu bidang Drop shiping. Sila baca perkongsian ini sehingga habis dan anda pasti akan faham..



Drop Shipping - salah satu komponen penting dlm e-commerce/perniagaan internet.Ia bukan satu perniagaan khusus. Ia adalah satu cara untuk dapatkan produk. Dropshipping ni macam berlari, berjalan dan menulis. Anda nak buat dropshipping, boleh… Buatlah. Tapi anda sebenarnya perlu tahu anda nak buat dropshipping apa? Itu soalan sebenarnya yang anda perlu jawab. Sebab, dropshipping ni bukan niche tersendiri. Dalam hampir semua niche anda boleh buat dropshipping. Dalam niche hiburan boleh, niche sukan boleh, niche outdoor boleh, macam-macam lah.


Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal.

Memang seronok bisnes dropship ini kerana anda tidak perlu susah-susah hendak bungkus barang pun.. semuanya dilakukan oleh dropshipper anda.. Tugas anda adalah untuk ambik tempahan dari customer, hantar tempahan kepada supplier dan dapat untung.. itu sahaja! Mudah bukan..?? Urusan pos semuanya dilakukan oleh dropshipper anda..

4 TIPS Menjadi Agen Dropshipping

1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.

2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.

4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

JENIS-JENIS PLATFORM MARKETING UNTUK DROPSHIPPING :
1) FACEBOOK / TWITTER / MYSPACE / SKYPE / YM / FANPAGES
2) FORUM2
3) BLOG/WEBSITE
4) BANNER

p/s : Bagi anda yang berminat untuk menjadi agen dropshiping kami, klik sini


CARA YANG TERBAIK ADALAH BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA TANPA MENGALAH
BIJAK MENCARI PELUANG ADALAH KUNCI KEJAYAAN

1 ulasan:

Sila tinggalkan komen anda di sini...