Ahad, 8 Ogos 2010

Keyakinan Pada Diri Sendiri..

Untuk berjaya dalam bidang perniagaan atau pun apa saja jenis bidang yang kita ceburi, keyakinan pada diri sendiri adalah sangat penting untuk menentukan sebuah kejayaan itu.

Jika keyakinan pada diri sendiri itu tiada, bagaimana untuk kita memperoleh kejayaan yang kita cita-citakan. Jika kita mempunyai keyakinan yang tinggi pasti kita akan berusaha untuk mencapai apa yang kita cita-citakan.

Tanpa keyakinan yang tinggi dalam diri kita, kita akan sentiasa berasa was-was untuk melakukan sesuatu dan ini akan menyebabkan perniagaan kita tidak akan berjaya jika kita bersikap tiada keyakinan dalam diri...

Jumaat, 6 Ogos 2010

Sabun Aqura Mencegah Kemalangan Jalanraya...


Tahukah korang semua, salah satu punya kemalangan jalanraya adalah kerana mengantuk. Banyak sudah nyawa yang terkorban akibat mengantuk kerana pemanduan kita akan menjadi tidak fokus dan menyebabkan terdedah kepada kemalangan.

Memang kita semua sebagai pemandu, seharusnya mempunyai tidur yang mencukupi sebelum memulakan pemanduan, lebih-lebih lagi untuk menempuh perjalanan yang jauh. Tetapi kadang kala, walaupun kita sudah mempunyai tidur yang cukup kita masih lagi mengantuk apabila sedang memandu.

Kebiasaan pemandu yang rasa mengantuk akan berhenti di mana-mana saja stesen 'R n R' yang berdekatan dan kemudian akan membasuh muka atau pun menghisap rokok. Sebenarnya membasuh muka saja belum mencukupi, kerana tidak sampai beberapa minit kita memandu, rasa mengantuk itu akan datang semula.

Jadi, apa kata korang cuba gunakan sabun Aqura ini untuk membasuh muka korang apabila korang berhenti untuk berehat atau membasuh muka. Pastinya selepas itu korang semua akan berasa segar dan tidak mengantuk untuk memandu beberapa jam lagi dan yang paling penting selamat tiba sampai ke destinasi yang ditujui.

Harga sabun ini cukup murah jika dibandingkan dengan nyawa kita yang tidak ternilai harganya ini. Harga sabun ini hanya RM 10 sahaja!! untuk satu ketul . Selain boleh menghilangkan rasa mengantuk, sabun ini boleh juga menyerikan wajah dan membuatkan abang-abang dan kakak-kakak semua sentiasa kelihatan hensem dan cantik.  

Pastinya korang tidak mahu kejadian ini menimpa diri anda dan keluarga tersayang...


Untuk tempahan Sabun Aqura, korang semua boleh ke sini untuk membuat tempahan.

Isnin, 2 Ogos 2010

Mencari Kejayaan...

Untuk memperoleh sesebuah Kejayaan, bukan sesuatu yang mudah atau pun dengan hanya memetik jari perniagaan kita itu akan berjaya. Perlu ada kepayahan serta pengorbanan yang terpaksa kita lakukan...

Teringat pula saya dengan kata-kata saudara Irfan Khairi jutawan internet melayu. Beliau menyatakan adalah lebih sukar sebenarnya mendapatkan kejayaan yang pertama dalam perniagaan kita. Tetapi apabila kita telah mendapatkan kejayaan yang pertama, kejayaan kedua dan kejayaan yang seterusnya adalah lebih mudah untuk kita perolehi...

Memang saya menyokong kata-kata beliau ini, kerana bagi saya kejayaan itu adalah seperti roda yang sentiasa berpusing, memang payah untuk memutarkan roda itu pada mulanya, tetapi apabila momentum serta kelajuan roda itu telah ditemui, roda itu akan sentiasa berputar ke hadapan dengan lajunya...