Jumaat, 30 Julai 2010

Betulkah Sabun Aqura Ini Boleh Tahan Mengantuk???

Persoalan seperti inilah yang paling utama lahir dari akal fikiran setiap insan yang melihat iklan sabun Aqura ini di mana-mana saja. Saya sendiri pun turut sama mempunyai persoalan seperti ini sebelum mengambil keputusan untuk mencuba sendiri kebenaran sabun ini...



Keratan Artikel Sabun Aqura di akhbar Kosmo! pada 25 Februari 2010

Ini juga ada beberapa testimoni pengguna sabun Aqura setelah mereka merasai sendiri kebagusan sabun karbon Aqura ini.Testimoni mereka ini juga adalah atas kerelaan sendiri dan tiada paksaan atau pun ganjaran yang diberikan kepada mereka yer...

KUALA LUMPUR, Ramai orang telah menemui kemampuan Sabun Aqura untuk membantu mereka berjaga. Noriswa Rosmine (Angah),26, seorang pengurus gerai makanan, telah menemui Aqura baru-baru ini. Membuka gerai Ikan Bakar Berempah di Medan Selera Kuchai Lama, waktu perniagaan yang panjang amat meletihkan. Beliau pernah tertidur seketika semasa bekerja. "Namun, saya tidak lagi mengantuk semenjak menemui Aqura", kata Angah. "Sebaliknya, saya merasa segar dan berjaga selepas mencuci lengan dan muka saya dengan sabun Aqura."   

omarEncik Omar dari Seremban pemandu lori yang menghantar air minuman dalam botol. "Ini merupakan kerja yang sukar kerana saya terpaksa menghantar air dari kedai ke kedai. Waktu kerja saya sangat panjang dan saya sering keletihan dan mengantuk. Sekarang saya menambah satu rutin baru, mencuci muka dan lengan saya selepas makan tengahari sepanjang waktu bekerja. 


norfishahnimSabun Aqura bukan sekadar bagus untuk berjaga, seperti Norfishahnim, 35, dari Ulu Langat memberitahu.Beliau telah diserang demam campak pada bulan November 2009. Pada hari kedua, beliau telah mencuci badannya dengan sabun mandi Aqura."Sabun mandi Aqura sangat berkesan. Pada hari yang ketiga, kesan-kesan campak mulai kering. Dalam masa seminggu, parut dan tompok-tompok pada badan saya sudah hilang," kata Norfishahnim, seorang kerani di syarikat pembinaan.

Tak puas hati lagi. Nah,ini lagi testimoni pengguna yang pernah menggunakan sabun Aqura ini..

 Haryati,22, dari Ijok
Seorang penunggang motorsikal. Dia mencuci muka dan lengannya dengan merendamkannya di dalam buih sabun Aqura selama 2 minit sebelum dia memulakan harinya. Ia hebat, katanya. Aqura bukan sekadar membantu saya berjaga , malah ia juga melicinkan kulit tangan saya yang sebelum ini menunjukkan kesan penuaan akibat menunggang motorsikal.

 Rashid Ariffin, 41, dari Bandar Sunway
Seorang pemandu lori, menghantar gas di sekitar Sunway dan Puchong. Dia mendapati Aqura amat berguna untuk membantunya berjaga sepanjang hari. Memandu adalah kerja yang sukar. Panas, berpeluh dan meletihkan. Aqura memberikan saya kesegaran sepanjang hari, kata Rashid.

 Nor Azman, 36 dari Nilai
Seorang pemandu LIMO KLIA, baginya memandu waktu tengahari amat mencabar. Dia menggunakan Aqura selepas makan tengahari dan mendapati Aqura boleh membantunya berjaga sepanjang hari hanya dengan satu cucian. Ini adalah pembantu paling baik untuk berjaga dan saya mengesyorkannya kepada semua rakan saya. 

 Zul Helmy, 21 tahun, Unisel
“Terdapat parut yang kasar pada lengan saya. Selepas menggunakan Sabun Mandi Aqura selama seminggu, parut pada lengan saya menjadi licin. Selepas saya mandi menggunakan Sabun Mandi Aqura, saya berasa segar sepanjang hari. Saya tidak lagi mengantuk di dalam kelas.”

Jadi kalau korang ada masalah mengantuk yang amat sangat, cubalah sabun aqura ini dahulu. Lebih-lebih lagi kepada yang selalu memandu atau menunggang motor pada jarak yang jauh dan berjam-jam lamanya. Salah satu punca utama kemalangan jalanraya di Malaysia ini adalah kerana tertidur semasa memandu. Jadi tidak ada salahnya membayar RM 10 untuk harga nyawa kita yang tidak ternilai oleh wang ringgit yang kita miliki...Selamat!!!

Rabu, 28 Julai 2010

Penjualan sabun Tahan Mengantuk Untuk Para Blogger...

Seringkali kita semua sering dihambat dengan rasa mengantuk yang teramat sangat walaupun sudah mempunyai tidur yang mencukupi. Keadaan seperti ini menyebabkan niat kita untuk menulis entry di blog yang kita sayangi akan menjadi tergendala...

Sebenarnya ramai blogger yang ada di Malaysia ini lebih gemar mengemaskini blog mereka pada waktu tengah malam. Apa sebab utamanya kemungkinan pada masa ini suasana adalah sunyi dan tenteram dan seterusnya otak lebih mudah untuk mencari-cari hasil nukilan yang terbaik untuk diterbitkan di dalam blog...

Apa yang menjadi masalahnya, pada masa sebegitu pula mata kita menjadi amat mengantuk dan seterusnya akan membatalkan niat untuk menghasilkan entry terbaru di blog. Apabila perkara ini dibiarkan berlanjutan, terjadilah blog yang bersawang dan pembaca setia blog kita akan berasa hampa kerana tiada entry terbaru di blog kita dan seterusnya bilangan trafik ke blog kita akan menurun...

Jangan risau dan gusar dengan perkara itu. Korang semua boleh mengatasi masalah mengantuk itu dengan mencuba sabun karbon Aqura yang akan menyegarkan mata dan tubuh korang. Cara menggunakannya amat mudah, hanya basuh muka dan lengan korang dengan sabun Aqura, selepas tue biarkan selama 2-3 minit kemudian barulah bilas dengan air bersih. Pasti rasa mengantuk itu akan hilang serta merta...

Jadi kepada yang berminat, bolehlah terus menghubungi saya untuk membuat tempahan. Korang boleh tengok senarai harga sabun Aqura ini di sini 

Selasa, 27 Julai 2010

Kesabaran Kunci Kejayaan Perniagaan...

Sebenarnya memang ramai yang berminat menceburi bidang perniagaan, tetapi akhirnya gagal begitu saja. Impian dan cita-cita diawal permulaan titik usaha mendirikan perniagaan akhirnya gagal dan terkubur begitu saja... 

Malahan ada segelintir usahawan bukannya tidak berusaha  untuk menjayakan perniagaan itu, usaha memang ada tetapi tetap gagal. Itu jangan ceritalah pula dengan usahawan yang hanya kuat membuat impian tetapi usaha zero!! sudah pastilah akan gagal... 

Apabila kita kaji dan tengok mengapa mereka boleh gagal, antara penyebabnya adalah kurangnya kesabaran di dalam diri untuk mencapai kejayaan itu sendiri. Sebenarnya banyak punca dan penyebab kegagalan dalam bidang perniagaan, tetapi kali ini kita tengok dari sudut kesabaran dalam diri setiap usahawan itu sendiri...

Memang sudah menjadi lumrah manusia barangkali, apa saja yang dikehendaki semuanya nak cepat, lebih-lebih lagi dalam perniagaan. Nak kaya cepat dan untung cepat  sebenarnya adalah penghancur motivasi dan semangat untuk berjaya...

Apabila kita dah mula berniaga, tidak kiralah perniagaan apa pun, dan seterusnya meletakkan kaya cepat dan untung cepat sebagai target kita, apabila kita tidak berjaya mencapai target itu pasti semangat kita akan terus jatuh... 

Sepatutnya kita seharusnya bersabar dan terus berusaha tanpa mengenal rasa jemu dan kunci untuk membuka pintu kejayaan pasti akan hadir jua. Tidak ada seorang usahawan pun yang akan berjaya apabila hari ini baru start buat bisnes, esok dia dah jadi kaya raya atau pun jutawan...

Jadi tips hari ini, kesabaran dan usaha yang berterusan adalah kunci yang paling berharga dalam membina sebuah perniagaan yang berjaya...

Khamis, 22 Julai 2010

Rahsia Cari Duit Perkahwinan...

Salam...


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...


pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?


guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.


guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?


pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.


gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...


dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?


guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.


pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.


maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?


pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...


maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.


Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. 
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..


Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau caranya ada kat sini...Cuba bongkar Rahsia Cari Duit Perkahwinan!!! 


Selain itu juga, di dalam Rahsia Cari Duit Perkahwinan ini ada macam-macam rahsia yang akan didedahkan kepada anda yang tengah pening mencari duit kahwin...Antaranya:


  • 18 Tips bagaimana anda boleh berjimat dan mengumpulkan wang sehingga RM10,000dengan mudah
  • 6 Cara bagaimana anda dapat mangawal serta melangsaikan hutang anda dengan cepat.
  • 10 Cara bagaimana anda boleh meningkatkan pendapatan anda
  • CONTOH - Bagaimana seorang pemuda menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa 5 jam dengan hanya berdiri di khalayak ramai. (Bukan meminta sedekah)
  • Serta berbagai lagi rahsia serta tips yang menarik yang boleh dijadikan panduan hidupanda di dalam mengharungi kehidupan sebelum dan selepas berumahtangga


Jadi tunggu apa lagi jom ke Rahsia Cari Duit Perkahwinan!! Insyallah, dapat membantu.


Bye!