Selasa, 27 Julai 2010

Kesabaran Kunci Kejayaan Perniagaan...

Sebenarnya memang ramai yang berminat menceburi bidang perniagaan, tetapi akhirnya gagal begitu saja. Impian dan cita-cita diawal permulaan titik usaha mendirikan perniagaan akhirnya gagal dan terkubur begitu saja... 

Malahan ada segelintir usahawan bukannya tidak berusaha  untuk menjayakan perniagaan itu, usaha memang ada tetapi tetap gagal. Itu jangan ceritalah pula dengan usahawan yang hanya kuat membuat impian tetapi usaha zero!! sudah pastilah akan gagal... 

Apabila kita kaji dan tengok mengapa mereka boleh gagal, antara penyebabnya adalah kurangnya kesabaran di dalam diri untuk mencapai kejayaan itu sendiri. Sebenarnya banyak punca dan penyebab kegagalan dalam bidang perniagaan, tetapi kali ini kita tengok dari sudut kesabaran dalam diri setiap usahawan itu sendiri...

Memang sudah menjadi lumrah manusia barangkali, apa saja yang dikehendaki semuanya nak cepat, lebih-lebih lagi dalam perniagaan. Nak kaya cepat dan untung cepat  sebenarnya adalah penghancur motivasi dan semangat untuk berjaya...

Apabila kita dah mula berniaga, tidak kiralah perniagaan apa pun, dan seterusnya meletakkan kaya cepat dan untung cepat sebagai target kita, apabila kita tidak berjaya mencapai target itu pasti semangat kita akan terus jatuh... 

Sepatutnya kita seharusnya bersabar dan terus berusaha tanpa mengenal rasa jemu dan kunci untuk membuka pintu kejayaan pasti akan hadir jua. Tidak ada seorang usahawan pun yang akan berjaya apabila hari ini baru start buat bisnes, esok dia dah jadi kaya raya atau pun jutawan...

Jadi tips hari ini, kesabaran dan usaha yang berterusan adalah kunci yang paling berharga dalam membina sebuah perniagaan yang berjaya...

3 ulasan:

  1. btol tuh...tp orng melayu suke dengki....xbleh tgk orng len senng...kan..

    BalasPadam
  2. To Eza Rashid : Dengki2 nie mmg dah tak boleh dipisahkan dlm kehidupan manusia. Apa yg penting sabar sajalah...

    BalasPadam
  3. betul tu..
    haha..
    x semua org bersifat mcm tu..
    ada yg baik..

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda di sini...