Isnin, 26 September 2011

Apa itu Drop Shipping?? Sejenis kuihkah??


Selamat malam..

Apa khabar anda semua? Kami mengharapkan keadaan anda sihat-sihat belaka hendaknya. Mungkin masih ramai lagi belum mengetahui apa itu bidang Drop Shipping. Di bawah ini kami memberikan sedikit maklumat dan gambaran apa itu bidang Drop shiping. Sila baca perkongsian ini sehingga habis dan anda pasti akan faham..



Drop Shipping - salah satu komponen penting dlm e-commerce/perniagaan internet.Ia bukan satu perniagaan khusus. Ia adalah satu cara untuk dapatkan produk. Dropshipping ni macam berlari, berjalan dan menulis. Anda nak buat dropshipping, boleh… Buatlah. Tapi anda sebenarnya perlu tahu anda nak buat dropshipping apa? Itu soalan sebenarnya yang anda perlu jawab. Sebab, dropshipping ni bukan niche tersendiri. Dalam hampir semua niche anda boleh buat dropshipping. Dalam niche hiburan boleh, niche sukan boleh, niche outdoor boleh, macam-macam lah.


Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal.

Memang seronok bisnes dropship ini kerana anda tidak perlu susah-susah hendak bungkus barang pun.. semuanya dilakukan oleh dropshipper anda.. Tugas anda adalah untuk ambik tempahan dari customer, hantar tempahan kepada supplier dan dapat untung.. itu sahaja! Mudah bukan..?? Urusan pos semuanya dilakukan oleh dropshipper anda..

4 TIPS Menjadi Agen Dropshipping

1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.

2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.

4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah anda web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

JENIS-JENIS PLATFORM MARKETING UNTUK DROPSHIPPING :
1) FACEBOOK / TWITTER / MYSPACE / SKYPE / YM / FANPAGES
2) FORUM2
3) BLOG/WEBSITE
4) BANNER

p/s : Bagi anda yang berminat untuk menjadi agen dropshiping kami, klik sini


CARA YANG TERBAIK ADALAH BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA TANPA MENGALAH
BIJAK MENCARI PELUANG ADALAH KUNCI KEJAYAAN

Ahad, 25 September 2011

Agen Dropship (Peluang Menjana Pendapatan Sampingan)


    Selamat datang...

    Terima kasih kami ucapkan kerana sudi meluangkan masa ke laman bisnes kami ini. Anda ingin mencari pendapatan sampingan?? tetapi malangnya anda tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan anda sendiri??

    Kini kami ingin menawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi agen Dropship kami. Sebagai agen kami, anda hanya perlu membuat promosi produk, seterusnya mengambil order dari pelanggan dan kemudian anda akan mendapat keuntungan @ komisen hasil dari penjualan anda. Anda boleh membuat promosi di dalam blog, facebook, twitter dan lain-lain cara promosi offline yang anda rasa sesuai dan selepas anda dapat pelanggan yang membeli produk kami, anda akan memperolehi ganjarannya..

    Berapa pula modalnya?? Modal anda hanyalah usaha dan sedikit tenaga saja. Anda tidak perlu mengeluarkan modal ataupun membayar sesen pun..

    Apa Kelebihan menjadi Agen Dropship??

    • Anda tidak perlu pening kepala untuk menyimpan stok, tidak memerlukan modal untuk membeli barang kami.
    • Anda hanya perlu melakukan promosi secara online/offline kepada prospek anda.
    • Penghantaran produk kepada pelanggan diuruskan oleh pihak kami, mengikut jadual dari hari Isnin hingga Jumaat (waktu bekerja).
    • Nama dan alamat Agen Dropship akan tertera sebagai pengirim produk. Jadi anda tidak perlu risau kehilangan pelanggan anda.
    Apa pula syarat Agen Dropship?
    • Kami tidak mengenakan sebarang yuran untuk menjadi Agen Dropship semuanya percuma.
    • Tetapi Anda diwajibkan untuk mendaftar sebagai ahli. Sila ikut prosedur ini semasa mendaftar di ruang yg disediakan dan hantar permohonan ke rahimbayu@yahoo.com.my

    Nama penuh :                    
    No. Kad Pengenalan :                    
    Alamat surat menyurat :                    
    Pekerjaan :                    
    No. Telefon :

    • Anda dibenarkan mengambil gambar produk serta detailnya di untuk tujuan promosi anda.
    • Sila ikut harga kos penghantaran yang telah ditetapkan oleh kami.
    • Sebelum mengambil wang pembayaran dari pelanggan anda, anda digalakkan untuk menghubungi kami untuk pastikan stok barang masih ada dan cukup.
    • Sila berurusan dengan jujur dan amanah, jika didapati anda melakukan penipuan, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
    • Syarat-syarat akan berubah dari masa ke semasa.

    Berapa Keuntungan  Agen??


    Perhatian, buat masa sekarang hanya barang yang disenaraikan dibawah ini sahaja yang kami tawarkan kepada Agen Dropship :


    Sila klik link di atas untuk melihat butiran dan maklumat berkaitan produk ini.


    Harga Kami jual RM 15 - 1 (pcs) 

    Harga Agen jual RM 25 - 1 (pcs)
    Agen dapat untung RM5 setiap satu penjualan Keyfinder.

    Bayangkan jika anda dapat jual 10 (pcs) anda akan mendapat untung sebanyak RM50. Dengan tanpa modal pun anda boleh memperoleh wang sampingan..

    Cara pengiraan untung bersih Agen Dropship kami:
    RM5 X 10 pcs = RM50
    RM5 X 20 pcs = RM100
    RM5 X 50 pcs = RM250 
    RM5 X 100 pcs = RM500

    CAJ PENGHANTARAN  ADALAH RM5 SELURUH MALAYSIA.

    Cara Membuat Pembayaran

    Pembayaran Boleh dibuat secara deposit tunai, bank transfer atau online banking akaun:

    BANK MAYBANK
    Nama Akaun: NORIZAN BINTI TAIF
    No Akaun: 160036961977
    Tel: 013-8575140  

    Perhatian
    Agen hanya perlu bank in wang untuk harga kami, keuntungan anda bolehlah terus anda ambil. Contohnya :
    Ali order 1 pcs keyfinder, jadi harganya termasuk kos penghantaran adalah RM25 (harga untuk agen). Agen hanya perlu bank in RM20 saja, dan RM5 adalah milik anda.

    Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ini. Kini kos hidup semakin meningkat, rebutlah peluang ini untuk menambah pendapatan dengan produk yang best ini..Produk julung kali di Malaysia


    Apa Hobi Anda??mari jana pendapatan Internet dengan Hobi..


    Salam buat semua..


    sekiranya menjalankan perniagaan melalui Internet, terbaiknya adalah lakukan apa yang kita minat. Ini kerana, kebanyakan kita menjalankanperniagaan Internet akan menjalankannya secara  part time di rumah ketika mempunyai masa terluang.
     
    Apabila mempunyai masa terluang, pastinya sebaiknya kita mahu lakukan sesuatu yang menggembirakan kita, seperti hobi kita sendiri. Oleh sebab itulah, tidak terkejut ramai yang berjaya dalam perniagaan Internet menjalankan hobi atau perkara yang mereka minat seperti membuat kuih, minat pada kanak-kanak, minat pada aksesori dan sebagainya. Bayangkan menjalankan hobby sambil menjana pendapatan!
     
    Apabila membuat perkara yang kita minat:
     
    • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
    • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
    • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!

    Isnin, 12 September 2011

    7 Prinsip Utama Menjalankan Perniagaan


    Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga yang usahawan yang Berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun 2011 ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan saya yang lepas mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat saya senaraikan.

    Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.

    rahim, antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka.  Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai  tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat  membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

    PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

    KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

    KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalam perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

    KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

    KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

    KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

    KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

    Selasa, 6 September 2011

    SERING KEHILANGAN KUNCI??

    Salam buat semua..


    Pernah tak korang kehilangan kunci..tak kisahlah kunci rumah @ kenderaan..? alangkah baiknya klu masa tue kita boleh panggil kunci tue dan dia boleh menjawab memberitahu di manakah gerangannya...Sekarang ni korang x payah risau suda..kerana Arm memperkenalkan - Whistle Recognition Key Finder!!


    cara penggunaan benda nie :


    Semasa mencari kunci anda yg hilang, hanya cukup dgn anda bersiul saja dan apabila keychain nie detect bunyi siulan anda itu, ia akan berbunyi seperti alarm dan mengeluarkan cahaya yg berkelip2 utk memudahkan korang mngesan dimanakah kunci itu..


    FAQ:
    1) lingkungan keluasan: bergantung pada kekuatan siulan anda, lingkungan 2meter ~ 3 meter


    2) sekiranya anda tidak pandai bersiul, jgn risau... Sy akan emailkn siulan dlm format mp3/wav..dan selepas tue boleh simpan bunyi siulan tue dalam handfon anda...Keychain ini juga boleh detect selain bunyi siulan jgk sebenarnya, dengan syarat bunyi itu mestilah nyaring dan tajam...


    3) Keychain nie menggunakan battery lithium battery yg boleh didapati di kebykkan kedai jam


    5) saiznya lebih kurang macam car remote




    Harganya...hanya RM15 saja.. Grin


    Kos penghantaran:


    Semenanjung - RM 3 (1 pcs)
    Borneo - RM 5 (1 pcs)




    Cod.. Sepang, luar dr sepang sya akan poskan ...


    produk julung2 kali di Malaysia.




    Jika berminat untuk menjadikan keychain nie salah satu lagi gadget elektronik dlm hidup anda..


    Jangan segan @ malu untuk contact 013-8575140....



    Atas permintaan ramai, bagi yang tidak pandai bersiul boleh download bunyi siulan tue kat sini yer..
    http://www.mediafire.com/?mv2n5s3e6c2t1sk