Ahad, 25 September 2011

Apa Hobi Anda??mari jana pendapatan Internet dengan Hobi..


Salam buat semua..


sekiranya menjalankan perniagaan melalui Internet, terbaiknya adalah lakukan apa yang kita minat. Ini kerana, kebanyakan kita menjalankanperniagaan Internet akan menjalankannya secara  part time di rumah ketika mempunyai masa terluang.
 
Apabila mempunyai masa terluang, pastinya sebaiknya kita mahu lakukan sesuatu yang menggembirakan kita, seperti hobi kita sendiri. Oleh sebab itulah, tidak terkejut ramai yang berjaya dalam perniagaan Internet menjalankan hobi atau perkara yang mereka minat seperti membuat kuih, minat pada kanak-kanak, minat pada aksesori dan sebagainya. Bayangkan menjalankan hobby sambil menjana pendapatan!
 
Apabila membuat perkara yang kita minat:
 
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda di sini...